Naik Gaji - Tingkat Pelaburan
Kenaikan gaji sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua pekerja tidak kira sektor awam mahupun swasta. Kita harus ingat, kenaikan gaji selalunya seiring dengan kenaikan kos sara hidup. Mari kita renungkan sejenak isu kenaikan gaji ini dan fikirkan bersama seisi keluarga. Apakah keadaan kewangan keluarga akan lebih baik selepas kenaikan gaji ini?
Sebanyak mana sekalipun kenaikan gaji tanpa pembaikan sistem pengurusan kewangan, semestinya tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk diri sendiri mahupun keluarga. Rumusan di atas adalah dari pengalaman saya sendiri, juga melalui kajiselidik dari kenalan dan bakal2 pelabur di bawah pengurusan saya.
Nasihat ikhlas saya...RANCANG DAN URUSKAN KEWANGAN ANDA SEKARANG ! Kepada yang masih muda anda lebih beruntung tetapi kepada yang lewat usia janganlah kerana terlewat menjadikan anda terus dibelenggu masalah kewangan. Rancang dan tetapkan matlamat kewangan serta tempoh yang patut dicapai.
Hubungi perunding kewangan yang ada untuk mendapat khidmat ini. Ambil cuti atau peruntukkan masa anda untuk membuat perancangan bersama perunding kewangan/pelaburan kerana ia memerlukan masa 1-3 jam, tetapi insyaAllah manfaatnya adalah untuk seumur hidup.
Jangan ketinggalan mencapai kecemerlangan dalam meningkatkan ekonomi keluarga anda. CUBA PERTIMBANGKAN FORMULA berikut sebagai langkah pertama bagi semua kakitangan awam mahupun swasta untuk mengorak langkah bagi mencapai matlamat JUTAWAN MUKMIN.
Jika kenaikan gaji RM 300 - RM 500, cuba peruntukan sekurang-kurangnya RM 100 - RM 300 untuk dilabur ke Unit Amanah memandangkan pulangan jangka masa panjang (3-5 Tahun) boleh mencapai kadar pulangan purata 15% - 20% setahun dan mungkin lebih. Pastikan anda memilih Dana Syariah bagi memastikan pelaburan anda mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Contoh 1
Seandainya anda melabur RM 100.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM 326,575.32 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan Modal)
Contoh 2
Seandainya anda melabur RM 300.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM 913,882.04 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan modal)
Contoh 3
Seandainya anda melabur RM 500.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM 1,501,190.77 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan modal)
(Kiraan di atas menggunakan perisian komputer yg dibekalkan kepada saya selaku FP Advisor)
Jika anda memilih untuk melabur dengan jumlah yg lebih besar dan ingin mengetahui nilai pulangan, jangan segan2 atau malu2 untuk email saya di suffiean@ymail.com atau sms di 019-9222 799.
Pilihan di tangan anda, mahu dibelanjakan sepenuhnya kenaikan gaji atau mengikut cadangan yang diberikan. Jangan sampai anda mengambil keputusan cari kerja lain kononnya untuk mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi, sedangkan anda sendiri yang tidak tahu merancang kewangan dengan sebaiknya.
Tempat kerja baru sememangnya mendatangkan tekanan dengan sistem kerja yang baru, rakan pejabat yang baru dsbnya, sedangkan perbezaan gaji baru anda tidak sampai 25 peratus dari gaji sebelumnya. Mungkin juga kebajikan pekerja tidak sebagus yang diperolehi di majikan lama anda seperti contoh kad perubatan percuma, pinjaman peribadi utk pelaburan tanpa faedah, pinjaman peribadi beli komputer, khairat kematian, kelas fardu-ain percuma dan sebagainya.
Jadi yang sepatutnya anda lakukan adalah merancang pengurusan kewangan anda dan dapatkan khidmat nasihat berterusan dari perunding kewangan. Fikir dan renung-renungkan.
Nota:- Maklumat di atas adalah kajian dan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama. Jika ayat di atas kurang difahami (memandangkan saya bukanlah seorang penulis novel), anda boleh terus hubungi saya di talian tertera untuk penerangan lebih terperinci.
ada krisis ke...?
14 years ago
0 comments:
Post a Comment