ASN & ASB - Tidak Berlandaskan Syariah.

27 Dec 2009 | | 0 comments

Ramai yang berusaha untuk mengatahui samada ASB, ASN atau mungkin apa jua yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad mengikuti syarat syarat syariah atau pun tidak.
Anda boleh menilai sendiri dari surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan status ASB dan ASN seperti di bawah.

ASBnotsyariahUnitTrust
Fikir-fikirkan lah..

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?

| | 0 comments

Artikel Rakan


Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?
Ramai orang mungkin tertanya2, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) ker atau nak simpan di Unit Trust ( saham amanah ) ? Dua – dua agen Insurans dan Unit Trust datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik ? Mana satu lebih efisyen ? Salah satu atau kedua – dua sekali ?
Ya, izinkan sya memberikan sedikit panduan 2 sen untuk tatapan dan panduan untuk para ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.
PANDUAN 1 : Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang.Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT shj, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama student IPT.
Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya student yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 – RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta mcm Petronas, Uniten dll, student akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, sy sendiri meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sy sendiri menjamin adik sy untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak2 di masa hadapan, 15 – 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.
Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.
Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan. Untuk menjadi lebih mudah, anda boleh dapatkan University Cost Guide dari sy bagi mengetahui jumlah yuran IPT masa hadapan untuk dalam dan luar negara. Email kpd sy jika beminat.
PANDUAN 2: Bersikap realistik dengan jumlah simpanan Sedar and wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Trust, kalau anda simpan RM 50 jer sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama jer… Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. So dari 1/3 nih, allocate sedikit untuk keperluan pendidikan anak.
PANDUAN 3 : Insurans atau Unit Trust?Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain.
Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa ? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%.
Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada investor. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.
——————————————————————————————————————————————————
KESIMPULAN: Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.
Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa2 pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans utk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider spt premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – Rm 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.
Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda invest dalam Unit Trust yg lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yg lain. Yg penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati. Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yg tak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan : – medical card utk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal – anda sendiri memiliki insurans dgn jumlah pampasan yg tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yg diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda. Bagi yg terbaik adalah, allocate 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan.
Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut. Sekian dahulu panduan dan tips dari saya. Untuk mendapatkan University Cost Guide edisi terbaru dari Public Mutual, HUBUNGI SAYA !

UNIT AMANAH

25 Dec 2009 | | 0 comments

APA ITU DANA UNIT AMANAH
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.


BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI
Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan. Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.


Selain itu, penasihat syariah dilantik oleh pihak syarikat pengurusan unit amanah bagi menyelia aktiviti pelaburan unit amanah Islam agar ianya berlandaskan hukum syariah.


Jenis pulangan atau perolehan pendapatan dari unit amanah adalah seperti berikut:-


Dividen
Pelaburan yang dibuat dalam saham atau bon akan menghasilkan dividen, dan kemudiannya akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk tunai atau lebih dikenali sebagai dividen.


Perolehan Modal (Capital Gain)
Keuntungan dari pelaburan juga boleh dibuat dengan penambahan nilai modal iaitu melalui pecahan unit (unit split).


Perubahan Harga Saham
Pelabur boleh mendapat keuntungan tambahan apabila harga saham lebih tinggi daripada harga belian. Pelaburan Unit Amanah merupakan pelaburan untuk jangkamasa sederhana/panjang (medium to long term investment). Pelabur boleh memilih dana yang sesuai dengan objektif pelaburan


KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH


Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.


Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.


Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.


Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.


Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.


Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah.


Faedah dari “ringgit cost averaging”
Melalui prinsip ini, pelabur akan mendapat keuntungan dalam kos purata ringgit tidak kira keadaan pasaran turun atau naik. Pelabur hanya perlu menyimpan secara tetap dengan konsisten dalam jangkamasa sederhana. Oleh itu, pelabur tidak perlu risau akan masa yang sesuai untuk melabur.


Takaful PERCUMA
Terdapat beberapa dana yang memberi insurans takuful percuma. Ini memberikan faedah lanjut kepada pelabur kerana selain melabur anda juga dilindungi.


Undang-Undang Terjamin
Industri unit amanah diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan bagi tujuan untuk menjaga kepentingan pihak syarikat serta pelabur. Antara pihak-pihak yang terlibat adalah Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission), Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors) dan Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM). Selain itu, penasihat syariah dilantik oleh pihak syarikat pengurusan unit amanah bagi menyelia aktiviti pelaburan unit amanah Islam agar ianya berlandaskan hukum syariah.


PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK


Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.


Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-


Suffiean Hj Sulaiman
Perunding Unit Amanah
Sms : 012-9222769
H/Line: 019-9222799
Email : suffiean@ymail.com

7 KESILAPAN LAZIM DALAM MENGURUSKAN WANG

7 Dec 2009 | | 0 comments

“Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” - Pn. Hasnah - Eksekutif

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Hasnah.
Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.

Kesilapan 1 : Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda. Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Kesilapan 2 : Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.

Kesilapan 3 : Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.
Kesilapan 4 : Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.
Kesilapan 5 : Melabur Dalam Produk Yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.
Kesilapan 6 : Tidak Menabung Untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
Kesilapan 7 : Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara di atas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
P.S : Jika anda ingin dapatkan khidmat nasihat kewangan percuma, sila hubungi saya di talian 019-9222 799