31 Oct 2009 | | 0 comments


Get your answers and call us now at 019-9222 799

TAHUKAH ANDA

25 Oct 2009 | | 0 comments

Tahukah anda. Tanpa rokok anda akan menjadi JUTAWAN

Contoh :
Seandainya anda mula merokok ketika usia 20 tahun dan berterusan sehingga usia 60 tahun. Ini bermakna pembaziran telah berlaku untuk tempoh 40 tahun.
Katakan nilai sekotak rokok : RM 6.00 x 30 hari = RM 180.00

Bayangkan RM 180.00 sebulan dilaburkan dan anggaran pulangan 15 peratus setahun.
Ini bermakna nilai pembaziran anda mencecah RM 4,148,400.69




TIP DIMURAH REZEKI & DIJAUHKAN KESULITAN

17 Oct 2009 | | 0 comments

  1. Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
  4. Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari. (Carilah anak-anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
  5. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
  6. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  7. Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
  8. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
  9. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
  10. Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

Tip Bapak, ibu dan anak simpan duit.

| | 0 comments

Salam sejahtera.

Tip ni memang bagus dipraktik oleh para bapa dan ibu.
Caranya amat mudah dan berkesan

Bermula dgn RM 1.00 / RM 5.00 atau RM 10.00


Nak tahu bagaimana caranya, 
email, sms atau hubungi saya terus di talian.
(Maaf..Tip ini tidak dapat disiarkan dlm bentuk penulisan)

SIMPAN 10% UNTUK DIRI SENDIRI.

| | 0 comments

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita.
Konsep “Pay yourself first!”

Adakah anda melakukan ini?
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatan harta kita 1/10 bahagian.
Zaman kini, kita gunakan 10%. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 pun tak boleh?
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya.. dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran-bayaran tanggungan hidup

Selamat mencuba dan dapatkan tip-tip seterusnya.

KWSP akui pelaburannya tidak berlandaskan syariah

9 Oct 2009 | | 1 comments

Di atas adalah salinan surat KWSP
kepada
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
(klik pada imej utk lebih jelas)

GRAF KADAR PULANGAN SIMPANAN & PELABURAN

| | 0 comments



Kita boleh melabur dalam :-
Simpanan Tetap (FD), Insuran, Bond, Hartanah, Unit Amanah, Saham BSKL.
Pulangan graf di atas menunjukkan secara purata (average) kadar pulangan.

Sumber : Majalah Personal Money.

Apakah Tempoh Masa Pelaburan Anda?

8 Oct 2009 | | 0 comments

Adakah anda tahu sama ada anda adalah pelabur jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang? Apakah definisi umum bagi tiga tempoh masa ini? Biasanya, tempoh masa pelaburan merujuk kepada jangka masa sesuatu pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (pencairan). Tempoh masa itu mungkin satu minit bagi pedagang harian, atau beberapa dekad bagi pelabur yang membeli saham dan memegangnya. Apakah tempoh masa yang betul? Sebenarnya, tiada jangka masa yang “betul” atau “salah” bagi pelaburan – ia bergantung kepada objektif dan matlamat pelaburan pelabur serta tahap toleransinya terhadap risiko, iaitu berapa banyak risiko yang bersedia diambilnya.

Oleh kerana setiap pelabur boleh mendefinisikan tempoh masa pelaburannya dalam pelbagai cara, mari kita lihat definisi umum mengenai jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi pelaburan.

Tempoh masa
Biasanya, tempoh masa pelaburan boleh diklasifikasikan sebagai–

  • jangka masa pendek – satu hingga tiga tahun
  • jangka masa sederhana – tiga hingga lima tahun
  • jangka masa panjang – lebih daripada lima tahun.

Mengapa anda perlu mengetahuinya?

Mengetahui tempoh masa anda amat penting kerana ini dapat membantu anda dalam perancangan pelaburan, umpamanya memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan tersebut dan lebih penting lagi, mengurus risiko pelaburan. Anda juga mampu melabur dengan lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Misalannya, seseorang yang berusia 25 tahun dan baru memulakan kerjaya boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko memandangkan dia mempunyai jangka masa yang lebih panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian. Tetapi, seseorang yang hampir bersara secara umumnya patut lebih konservatif dan mengambil jalan yang kurang berisiko memandangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pengubahsuaian sekiranya pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Bagaimanapun, umur tidak harus menjadi satu-satunya faktor dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda. Faktor lain seperti toleransi terhadap risiko, objektif pelaburan, jangkaan pulangan dan juga bila anda memerlukan pelaburan atau wang itu, harus juga diambil kira. Misalannya, seorang yang berusia 30 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan dia merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana dia hanya ada sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian. Oleh kerana mempunyai matlamat jangka pendek, dia tidak boleh melabur dalam produk berisiko walau pun masih lama lagi masanya sebelum tiba tempoh bersara.

Sebagai pelabur bijak, penting bagi anda menimbangkan dan menentukan batas masa pelaburan anda sebelum melabur. Tetapi janganlah sampai ia tidak boleh diubah kerana batas masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan. Dalam situasi ini, anda mesti sentiasa bersedia menukar batas masa pelaburan dan menentukannya mengikut kepentingan anda.

Persaraan bijak melalui pelaburan Unit Amanah melalui KWSP

| | 0 comments

Hari ini saya kumpulkan 3 soalan lazim yang biasa diutarakan oleh bakal pelabur. Harap ia jua memberi manfaat kepada anda!

Apakah syarat kelayakan saya untuk melabur?

Pelabur perlu memenuhi syarat dibawah iaitu:

1) Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

2) Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

3) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana cara untuk memohon?

Anda boleh menghubungi perunding Unit Amanah Public Mutual dengan menyediakan dokumen di bawah:

1) Salinan kad pengenalan ( beserta dengan cop ibu jari kanan dan kiri di atas salinan tersebut)

2) Borang lengkap KWSP 9N (ahli)

3) Borang pelaburan KWSP Public Mutual

Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan? Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

Naik Gaji - Tingkat Pelaburan.

7 Oct 2009 | | 0 comments

Naik Gaji - Tingkat Pelaburan

Kenaikan gaji sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua pekerja tidak kira sektor awam mahupun swasta. Kita harus ingat, kenaikan gaji selalunya seiring
dengan kenaikan kos sara hidup. Mari kita renungkan sejenak isu kenaikan gaji ini dan fikirkan bersama seisi keluarga. Apakah keadaan kewangan keluarga akan lebih baik selepas kenaikan gaji ini?

Sebanyak mana sekalipun kenaikan gaji tanpa pembaikan sistem pengurusan kewangan, semestinya tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk diri sendiri mahupun keluarga. Rumusan di atas adalah dari pengalaman saya sendiri, juga melalui kajiselidik dari kenalan dan bakal2 pelabur di bawah pengurusan saya.

Nasihat ikhlas saya...RANCANG DAN URUSKAN KEWANGAN ANDA SEKARANG ! Kepada yang masih muda anda lebih beruntung tetapi kepada yang lewat usia janganlah kerana terlewat menjadikan anda terus dibelenggu masalah kewangan. Rancang dan tetapkan matlamat kewangan serta tempoh yang patut dicapai.

Hubungi perunding kewangan yang ada untuk mendapat khidmat ini. Ambil cuti atau peruntukkan masa anda untuk membuat perancangan bersama perunding kewangan/pelaburan kerana ia memerlukan masa 1-3 jam, tetapi insyaAllah manfaatnya adalah untuk seumur hidup.

Jangan ketinggalan mencapai kecemerlangan dalam meningkatkan ekonomi keluarga anda. CUBA PERTIMBANGKAN FORMULA berikut sebagai langkah pertama bagi semua kakitangan awam mahupun swasta untuk mengorak langkah bagi mencapai matlamat JUTAWAN MUKMIN.

Jika kenaikan gaji RM 300 - RM 500, cuba peruntukan sekurang-kurangnya RM 100 - RM 300 untuk dilabur ke Unit Amanah memandangkan pulangan jangka masa panjang (3-5 Tahun) boleh mencapai kadar pulangan purata 15% - 20% setahun dan mungkin lebih. Pastikan anda memilih Dana Syariah bagi memastikan pelaburan anda mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Contoh 1
Seandainya anda melabur RM 100.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM 326,575.32 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan Modal)

Contoh 2
Seandainya anda melabur RM 300.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM
913,882.04 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan modal)

Contoh 3
Seandainya anda melabur RM 500.00 setiap bulan selepas pelaburan permulaan RM 1000.00 dan kadar purata pulangan 15 peratus untuk jangkamasa 25 tahun maka nilai pelaburan anda meningkat kepada RM
1,501,190.77 (Kenaikan 10 kali ganda pertumbuhan modal)

(Kiraan di atas menggunakan perisian komputer yg dibekalkan kepada saya selaku FP Advisor)

Jika anda memilih untuk melabur dengan jumlah yg lebih besar dan ingin mengetahui nilai pulangan, jangan segan2 atau malu2 untuk email saya di suffiean@ymail.com atau sms di 019-9222 799.

Pilihan di tangan anda, mahu dibelanjakan sepenuhnya kenaikan gaji atau mengikut cadangan yang diberikan. Jangan sampai anda mengambil keputusan cari kerja lain kononnya untuk mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi, sedangkan anda sendiri yang tidak tahu merancang kewangan dengan sebaiknya.

Tempat kerja baru sememangnya mendatangkan tekanan dengan sistem kerja yang baru, rakan pejabat yang baru dsbnya, sedangkan perbezaan gaji baru anda tidak sampai 25 peratus dari gaji sebelumnya. Mungkin juga kebajikan pekerja tidak sebagus yang diperolehi di majikan lama anda seperti contoh kad perubatan percuma, pinjaman peribadi utk pelaburan tanpa faedah, pinjaman peribadi beli komputer, khairat kematian, kelas fardu-ain percuma dan sebagainya.

Jadi yang sepatutnya anda lakukan adalah merancang pengurusan kewangan anda dan dapatkan khidmat nasihat berterusan dari perunding kewangan. Fikir dan renung-renungkan.

Nota:- Maklumat di atas adalah kajian dan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama. Jika ayat di atas kurang difahami (memandangkan saya bukanlah seorang penulis novel), anda boleh terus hubungi saya di talian tertera untuk penerangan lebih terperinci.

KESAN INFLASI KE ATAS PELABURAN ANDA.

6 Oct 2009 | | 0 comments

Kenaikan harga petrol dan elektrik baru-baru ini telah menyebabkan harga barang-barang keperluan semakin meningkat. Dengan meningkatnya harga barang, orang ramai mula risau mengenai kesan inflasi terhadap kehidupan mereka kerana ia akan membuatkan kuasa beli mereka semakin menurun. Jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang akan bertambah berbanding masa lalu. Jika dahulu kita boleh membeli pelbagai barang dengan sekeping duit RM50, nilai duit RM50 sekarang semakin berkurangan.
Bagi mereka yang masih muda, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai peluang untuk menambahkan pendapatan bagi mengatasi kesan kenaikan harga barang. Disamping itu, anda juga boleh meningkatkan simpanan anda di bank. Tetapi untuk golongan yang hampir atau sudah pun bersara, kenaikan kadar inflasi sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada simpanan serta pelaburan yang telah mereka peruntukkan untuk persaraan.
Apa itu Inflasi?
Daripada perspektif ekonomi, inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan yang mewakili keseluruhan ekonomi negara. Indeks yang di gunakan untuk mengukur kadar inflasi ialah indeks harga pengguna atau Consumer Price Index (CPI). Menurut unjuran Kerajaan yang terbaru dalam Bajet 2009, kadar inflasi negara akan berada pada paras 4.4% untuk tahun 2008 walaupun kadar inflasi pada bulan Julai telah meningkat kepada 8.5%, iaitu paras yang tertinggi semenjak Disember 1981.

Bagaimana inflasi memberi kesan kepada pelaburan anda?
Kita sudah pun tahu bahawa inflasi akan mengurangkan nilai wang anda. Harga secawan kopi di gerai 10 tahun lalu jauh lebih murah berbanding sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan portfolio pelaburan anda? Adakah kadar inflasi akan memberikan kesan kepada pelaburan anda? Cuba kita perhatikan daripada aspek pelaburan saham, bon kadar tetap (fixed-rate bond), hartanah dan wang tunai.

(i) Saham
Pada peringkat awal, kenaikan kadar inflasi akan memberi kesan negatif ke atas pasaran saham. Harga-harga saham bagi syarikat-syarikat yang tidak dapat memindahkan kesan inflasi kepada para pengguna akan terjejas lebih-lebih lagi kepada syarikat-syarikat yang terpaksa menerima hakikat bahawa margin keuntungan mereka akan berkurangan. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, saham merupakan instrumen pelaburan lindung nilai yang baik untuk mengatasi kesan inflasi. Ini kerana perolehan syarikat lazimnya meningkat bersama inflasi. Faktor yang paling penting di sini ialah untuk memilih saham yang berpotensi atau saham-saham yang mendapat manfaat daripada inflasi, contohnya saham syarikat tenaga atau besi kerana komoditi tersebut berkait rapat dengan aktiviti ekonomi. Selain daripada itu syarikat bermodal besar (large cap) yang memiliki kedudukan wang tunai yang kukuh juga mampu mengatasi kesan inflasi.

(ii) Bon kadar tetap (fixed-rate bond)
Sekiranya anda telah melaburkan sejumlah wang yang banyak dalam bon kadar tetap, kadar inflasi yang meningkat semestinya akan menjejaskan pulangan pelaburan anda. Memandangkan anda akan menerima bayaran faedah yang tetap pada masa akan datang, kadar inflasi tinggi akan menyebabkan nilai masa hadapan (future value) pendapatan tetap berkala tersebut dan prinsipal yang bakal diterima menyusut. Apa yang dikhuatiri ialah jika kadar faedah naik disebabkan kenaikan kadar inflasi, harga bon yang dipegang anda akan turun kerana pulangan daripada pelaburan tersebut dianggap kurang menarik berbanding dengan pulangan bon-bon yang baru diterbitkan yang lazimnya lebih tinggi. Jika anda ingin berjinak-jinak dalam pelaburan bon, masa untuk anda mula melabur dalam bon ialah apabila inflasi berada pada paras tertinggi dan pada masa yang sama, kadar faedah juga melonjak naik.

Namun, jika anda mengambil kira keadaan sekarang, anda akan dapati bahawa walaupun kadar inflasi negara berada pada paras tertinggi, kadar faedah masih lagi berada pada paras lama. Ini kerana, kenaikan kadar inflasi sekarang berpunca daripada kesan faktor tolakan-kos (cost-pushed factor) dan bukannya kesan faktor tarikan permintaan (demand-pulled factor). Maksudnya, kadar inflasi meningkat kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan bukannya disebabkan peningkatan dalam permintaan. Dalam situasi sebegini, anda perlu mengamalkan pendekatan “tunggu dan lihat” sehinggalah situasi kembali stabil.
(iii) Hartanah
Dalam jangka masa panjang, melabur dalam hartanah telah pun terbukti keberkesanannya sebagai instrumen lindung nilai untuk mengatasi masalah inflasi. Namun, melabur secara langsung dalam hartanah memerlukan wang yang banyak dan tempoh pegangan yang lama. Selain itu, terdapat pelbagai risiko lain yang perlu ditangani jika melabur secara langsung dalam sektor hartanah. Satu lagi alternatif untuk pelaburan dalam bidang hartanah ialah dengan melabur secara tidak langsung melalui Tabung Amanah Pelaburan Hartanah atau REIT (Real Estate Investment Trusts). REIT atau Tabung Amanah Pelaburan Hartanah merupakan produk pelaburan kolektif (biasanya dalam bentuk tabung unit amanah) yang mengumpulkan wang daripada pelabur dan menggunakan modal terkumpul itu untuk membeli, mengurus dan menjual aset hartanah (contohnya bangunan komersil, bangunan pejabat, gudang, hotel, ladang, lot kedai atau industri, atau sekuriti yang berkaitan dengan hartanah (misalannya, saham syarikat hartanah awam tersenarai (listed property stocks), sekuriti hutang tersenarai (listed bonds) atau tidak tersenarai (unlisted bonds) dan sebagainya). Objektif utama REIT adalah untuk memberi pulangan pelaburan dalam bentuk dividen yang stabil dan kerap hasil daripada bayaran sewa yang dibayar oleh penyewa hartanah. Disamping itu, pemegang unit juga berpeluang untuk menerima sebarang kenaikan modal hasil daripada pemegangan aset hartanah tersebut bagi sesuatu tempoh jangkamasa.

(iv) Wang Tunai
Secara logiknya, kategori ini sepatutnya menerima kesan yang paling ketara berbanding kategori pelaburan yang lain. Jika anda menyimpan wang anda dalam simpanan tetap selama 12 bulan dengan kadar pulangan sebanyak 3.7% sedangkan kadar inflasi ialah 4.4% (berdasarkan bajet 2009), pulangan sebenar anda ialah negatif 0.7%. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa pendek, pulangan negatif ini sesuatu yang boleh dianggap perkara yang biasa dan boleh diterima memandangkan pulangan untuk kebanyakan produk pelaburan yang terdapat di pasaran juga tidak menentu.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, sebenarnya portfolio pelaburan yang ideal patut mempunyai pelbagaian untuk memenuhi kehendak pelaburan yang berbeza-beza. Contohnya, jika anda inginkan pertumbuhan dalam pelaburan, anda perlu melabur sebahagian daripada pelaburan anda dalam aset-aset yang terbabit dalam pertumbuhan ekonomi, contohnya seperti saham dan hartanah. Untuk jangka masa panjang, saham merupakan pelindung nilai yang baik untuk mengatasi kesan inflasi. Jika anda mahukan aliran tunai yang stabil dan konsisten pula, sekuriti pendapatan tetap merupakan pelaburan yang sesuai. Akhir kata, walaupun anda tidak dinasihatkan untuk menyimpan terlampau banyak wang tunai tetapi anda masih perlu simpanan yang secukupnya untuk waktu kecemasan. Secara amnya, ramai perancang kewangan yang berlesen menyarankan agar anda mempunyai simpanan yang dapat menampung perbelanjaan anda sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Satu lagi pesanan yang penting yang selalu kita dengar ialah perumpamaan inggeris yang mengatakan ”Never put all your eggs in one basket!” yang menyarankan supaya tidak meletakkan wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Pastikan anda mempelbagaikan pelaburan anda sebagai salah satu langkah untuk menangani risiko pelaburan.

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA.

3 Oct 2009 | | 0 comments

Kewangan Keluarga

Alhamdullilah dan tahniah kepada keluarga yang tidak terperangkap dalam permasalahan hutang, teruskan amalan positif ini serta tetapkan keperluan kewangan keluarga anda secara teratur.

Antara tip-tip berguna untuk anda dan keluarga :-

  1. Buatlah bajet untuk diikuti oleh semua ahli keluarga dengan disiplin.
  2. Mulakanlah menabung walaupun dengan jumlah yang kecil tetapi berterusan demi menjamin masa depan keluarga anda.
  3. Catatkan setiap perbelanjaan harian anda walaupun hanya membeli sebatang pensil untuk anak, ini penting bagi memantau aliran wang tunai dan mengelakkan dari berbelanja lebih.
  4. Hentikan penggunaan kad kredit untuk sebulan dan rasakan perbezaannya.
  5. Bayar hutang kad kredit anda lebih dari jumlah minimun yang dituntut oleh pihak bank dan insyaAllah anda akan bebas hutang dengan lebih cepat.
  6. Jika mendapat bonus atau kenaikan gaji, cuba tabungkan sekurang-kurannya 85 peratus dari jumlah diperolehi.
  7. Tangguhkan membeli keperluan yang tidak perlu. Ikut kaedah pilihan 'perlu atau mahu'.
  8. Pastikan aliran wang keluar tidak melebihi wang masuk.
  9. Jangan sesekali terpedaya dengan SKIM CEPAT KAYA.
  10. Jangan melabur selagi anda tidak memahami produk kewangan yang ingin anda labur.
Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita tidak diberi beban dari yang sepatutnya dan berusaha dapatkan rezeki yang penuh dengan keberkatan.