Kebebasan Kewangan: Bagaimana Wang Simpanan RM 300.00 Sebulan Bertambah Megikut Kadar Pulangan Berbeza Dalam Jangkamasa 30 Tahun.

23 Feb 2010 | | 0 comments

Kebebasan Kewangan: Bagaimana Wang Simpanan RM 300.00 Sebulan Bertambah Megikut Kadar Pulangan Berbeza Dalam Jangkamasa 30 Tahun.

Bagaimana Wang Simpanan RM 300.00 Sebulan Bertambah Megikut Kadar Pulangan Berbeza Dalam Jangkamasa 30 Tahun.

19 Feb 2010 | | 0 comments


·         Tanpa kuasa pengkompounan faedah, simpanan RM 300.00 sebulan hanya meningkat kepada RM 108,000.00

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima peratus (5%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 245,609.00 (2.3 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lapan peratus (8%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 425,283.00 (4 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima belas peratus (15%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 1.69 juta (15.6 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak dua puluh lima peratus (25%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 13.14 juta (121.6 kali ganda daripada jumlah pokok)
Kuasa Pengkompaunan ini bergerak perlahan pada awal pelaburan tetapi akan meningkat dengan ketara apabila ia tiba di sesuatu tahap tertentu.
Ini dengan modal pelaburan sebanyak RM 300 sebulan, bagaimana pula jikalau anda berjaya melabur RM 500.00, RM 800.00 atau RM 1000.00 sebulan, dengan sendiri nilainya berkali-kali ganda meningkat.
Ramai yang tersenyum apabila saya mengajukan pertanyaan kepada bakal pelanggan samada mereka ingin memiliki RM 1 juta pada usia persaraan. Jawapan mereka ringkas dan padat iaitu saya hanya berpendapatan RM 2000.00 – RM 3000.00. Untuk menanggung diri dan keluarga memanglah cukup tetapi untuk menyimpan dan melabur memang sukar.
Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian anda. Hubungi perunding kewangan anda yang bertauliah, insyaAllah mereka boleh memberi nasihat yang berguna untuk anda ikuti atau email kepada saya maklumat peribadi anda (Nama,umur,  alamat, pekerjaan dan no. Hp) untuk saya hubungi.

Berapa Lama Masa Yang Diambil Sebelum Wang Kita Meningkat Dua Kali Ganda?

17 Feb 2010 | | 0 comments

Genius terhebat, Albert Einstein pernah mengatakan faedah terkompaun adalah penemuan matematik yang paling hebat pernah ditemui. Beliau memperkenalkan formula yang dipanggil Peraturan 72. Formula ini mengatakan sekiranya kita bahagikan nombor 72 dengan  pulangan Peratusan Tahunan, ia akan menghasilkan jumlah tahun yang diambil bagi menggandakan pelaburan kita.

Contoh yang lebih mudah difahami, katakan pulangan peratusan adalah sebanyak 20% setahun. Oleh yang demikian 72 bahagi 20 bersamaan 3.6 tahun. Ini bermakna pelaburan kita sebanyak RM1000.00 akan meningkat dua kali ganda dalam masa 3.6 tahun.

Kuasa Pulangan Terkompaun ini lah membuatkan Warren Buffet berjaya menjadi orang ke2 terkaya di dunia yang telah melabur dalam saham Amerika Syarikat. Beliau memperoleh purata pulangan tahunan sebanyak 24.7 peratus dalam masa 49 tahun. Ini bermakna kekayaan beliau berganda setiap 2.9 tahun (72 bahagi 24.7).  Pelaburan berjumlah US$100,000.00 yang dilabur beliau dalam tahun 1956 telah meningkat menjadi US$4,200,000,000.00 (US$4.2 billion) pada hari ini.

Formula sudah ada untuk anda jadikan sebagai petunjuk. Jadi, mulakan kiraan anda sekarang untuk hasilkan jumlah tahun yang diambil untuk sekurang-kurangnya memiliki RM1,000,000.00 (RM 1 Juta).