Bagaimana Wang Simpanan RM 300.00 Sebulan Bertambah Megikut Kadar Pulangan Berbeza Dalam Jangkamasa 30 Tahun.

19 Feb 2010 | |


·         Tanpa kuasa pengkompounan faedah, simpanan RM 300.00 sebulan hanya meningkat kepada RM 108,000.00

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima peratus (5%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 245,609.00 (2.3 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lapan peratus (8%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 425,283.00 (4 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima belas peratus (15%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 1.69 juta (15.6 kali ganda daripada jumlah pokok)

·         Pada kadar pulangan tahunan sebanyak dua puluh lima peratus (25%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 13.14 juta (121.6 kali ganda daripada jumlah pokok)
Kuasa Pengkompaunan ini bergerak perlahan pada awal pelaburan tetapi akan meningkat dengan ketara apabila ia tiba di sesuatu tahap tertentu.
Ini dengan modal pelaburan sebanyak RM 300 sebulan, bagaimana pula jikalau anda berjaya melabur RM 500.00, RM 800.00 atau RM 1000.00 sebulan, dengan sendiri nilainya berkali-kali ganda meningkat.
Ramai yang tersenyum apabila saya mengajukan pertanyaan kepada bakal pelanggan samada mereka ingin memiliki RM 1 juta pada usia persaraan. Jawapan mereka ringkas dan padat iaitu saya hanya berpendapatan RM 2000.00 – RM 3000.00. Untuk menanggung diri dan keluarga memanglah cukup tetapi untuk menyimpan dan melabur memang sukar.
Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian anda. Hubungi perunding kewangan anda yang bertauliah, insyaAllah mereka boleh memberi nasihat yang berguna untuk anda ikuti atau email kepada saya maklumat peribadi anda (Nama,umur,  alamat, pekerjaan dan no. Hp) untuk saya hubungi.

0 comments: