MENGENAL PAKAR KEWANGAN PALSU.
Rancang Sendiri atau Dapatkan Bantuan?
Siapa yang Boleh Membantu?
Merancang Kewangan Sendiri.
- Membaca buku
- Menghadiri kursus
- Dapatkan maklumat yang mencukupi berkenaan pengalaman profesional, kelayakan pendidikan dan juga rekod prestasinya. Anda sepatutnya boleh memperolehi maklumat mengenai perkara sebegini di bahagian pengenalan sesuatu buku atau kursus. Jika maklumat yang ditawarkan nampak kabur atau terhad, anda perlu berwaspada dalam menerima nasihat-nasihat perancangan kewangan yang diberikan.
- Baca ulasan atau pandangan yang dibuat oleh individu atau badan yang diiktirafkan. Namun, kaedah ini juga masih tidak mencukupi kerana kadangkala liputan media mengenai sesuatu ulasan tersebut lebih kepada strategi pengiklanan daripada memberikan maklumat yang bermutu. Oleh itu, tidak kira dari mana anda memperolehi maklumat untuk merancang kewangan, anda perlu ingat bahawa tidak semua nasihat atau cadangan yang diberikan itu mengambilkira kepentingan anda atau perancangan kewangan yang di syorkan itu sesuai dengan anda.
- Setelah menjalankan penyelidikan bagi kedua-dua pendekatan, anda akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan tentang pendekatan manakah yang paling sesuai dengan tahap risiko dan ganjaran anda yang unik itu.
Bantu Saya!
- Sumber pendapatan – antara yuran pelanggan dengan komisen
- Jadual bayaran atau komisen
- Hubungan dan kaitan dengan syarikat-syarikat lain
- Latar belakang pendidikan dan pengalaman profesional
- Jenis-jenis produk yang dicadangkan
6 Cara Untuk Menukar Simpanan Menjadi Pelaburan
PERIKSA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA.
Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak boleh terus bekerja selama-lamanya. Samada kita masih mampu dari aspek fizikal atau mental, ia bukanlah persoalannya kerana menjelang umur 55, kebanyakan daripada kita akan menempuhi alam persaraan. Dalam situasi sebegini, kita perlu merancang bagaimana untuk terus menyara hidup dalam masa 20 tahun berikutnya kerana jangka hayat hidup seseorang ialah 75 tahun (berdasarkan laporan-laporan mengenai purata jangka hayat rakyat Malaysia).
Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk meneruskan hidup selama 20 tahun lagi dalam keadaan selesa – setelah kesemua wang KWSP habis dibelanjakan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak serta melangsaikan pinjaman bank? Lebih teruk lagi, bagaimana pula keadaannya sekiranya wang simpanan yang tinggal semakin sedikit setelah kita membeli kereta mewah dan rumah idaman yang telah sekian lama diimpikan. Bagi mengatasi masalah seumpama ini, kita perlu berusaha menggandakan wang untuk memastikan kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa selepas bersara.
Bagi menyelesaikan masalah di atas, kita perlu mengetahui kedudukan kewangan sendiri dan cara-cara menilai kedudukan kewangan kita.
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda melakukan ‘Pemeriksaan Kewangan’ anda.
Langkah 1 – Ujian Sumber-Sumber Pendapatan Utama
Untuk mengetahui kedudukan kewangan semasa, anda perlu mengetahui aliran keluar dan masuk wang anda. Anda perlu mengenal pasti sumber-sumber utama pendapatan anda, iaitu wang yang masuk ke kocek anda seperti gaji, dividen, keuntungan modal, pendapatan dari hartanah yang disewakan, pembahagian daripada perniagaan, faedah daripada simpanan bank dan simpanan tetap.
Umumnya, jumlah pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pendapatan yang diperolehi, pendapatan pasif dan pendapatan portfolio. Pendapatan yang diperolehi ialah wang gaji anda. Lazimnya, pendapatan ini dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding jenis pendapatan yang lain.
Pendapatan pasif pula ialah wang yang diperolehi daripada pelaburan hartanah dan pembahagian daripada perniagaan. Pendapatan jenis ini tidak memerlukan perhatian yang banyak daripada anda, namun ia mampu menjana aliran kewangan yang berterusan.
Pendapatan portfolio ialah wang yang diperolehi hasil daripada pelaburan anda dalam produk kewangan seperti dividen saham, pendapatan daripada bon dan juga pulangan daripada unit amanah. Ini juga merupakan sejenis pendapatan pasif yang tidak memerlukan penglibatan langsung dalam menjana pendapatan.
Bagi mengetahui kedudukan kewangan anda, periksa berapa perbelanjaan yang telah anda buat. Salah satu sebab mengapa ramai orang tidak mempunyai simpanan yang cukup setelah bersara ialah kerana mereka tidak mengawal perbelanjaan mereka. Mereka tidak tahu berapa wang yang dibelanjakan setiap bulan. Apa yang pasti ialah mereka sentiasa kekurangan wang untuk menyara gaya hidup mereka. Gaji yang diperoleh setiap bulan tidak pernah mencukupi dan akibatnya, mereka terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka.
Salah satu cara untuk mengetahui ke mana perginya wang anda ialah dengan mencatat setiap pembelian yang dibuat. ‘JOT-IT-DOWN’! – merupakan satu kaedah yang mengambil masa, tetapi dalam jangka masa panjang, ia merupakan satu amalan yang menguntungkan kerana anda akan dapat mengetahui aliran keluar wang anda. Sekiranya sukar untuk mencatatkan kesemua perbelanjaan anda, setidak-tidaknya, pastikan anda membuat catatan apabila membeli barang yang mahal. Ramai yang akan terkejut apabila mengetahui jumlah yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat penyata kewangan anda
Mutiara Kata
Pengarah Eksekutif
Perunding Kewangan Islam
IHSANI EXCELLENT RESOURCES
http://suffiean2u.blogspot.com
Perunding Unit Amanah
PUBLIC MUTUAL BERHAD
(Anak syarikat milik penuh Public Bank)
http://www.publicmutual.com.my
Perunding Takaful
MAA TAKAFUL BERHAD
http://www.maatakaful.com.my
Pengerusi/Pengasas
IHSAN AN-NUUR IMAN
(Badan Kebajikan)
http://annuuriman.blogspot.com
suffiean@yahoo.com
suffiean@ymail.com
Facebook Badge
Jom Sembang
Followers
Live Traffic Feed
Jumlah Pengunjung
Isu Hukum
Bank - Bank Utama
Berita Pilihan
Blogs Rakan
-
ada krisis ke...?14 years ago
-